
|
D'Owner! ![]() Tagboard! ![]() Credits!
| Tahun Baru~
Assalamualaikum
Blog saya ni baru dibuat..tapi tak ada idea langsung nak cantikkan dia macam mana..saya bukanlah seorang yang berkreativiti..hampeh..==' saya sekadar dapat berkongsi cerita dan meluahkan perasaan yang terbuku di hati saja..
hmm...hari ni teramatlah moody..ingatkan permulaan tahun baru ni bermula dengan situasi yang ceria..tapi ternyata tidak..
Rabu, 2 Januari 2013
Hari pertama saya melapor diri di Giatmara Tenggara..
biasalah hari pertama masuk mesti ada orentasi kan..first day kami belajar kawad kaki..dari pagi sampailah ke petang *memang penat tahap gaban la masa balik rumah tu**lepas isyak terus tidur*
Khamis, 3 Januari 2013
Hari kedua orentasi...ada dua sesi..pagi dan petang..pagi tu pegawai dari MARA datang bagi info..tapi tak tahu macam mana saya boleh BOSAN dengan ucapan beliau...tak menarik perhatian langsung..memang ngantuk tahap kritikal la masa tu..tapi nasib baik boleh tahan..dah habis ucapan dia kami balik rehat pukul 1..ha...ni yang malang nasib saya jadinya..masa nak balik tu ada roadblock pulak...hadoi..da la saya tak pakai helmet...kawan saya yang tunggang pakai tapi tak ada tali helmet...memang kena tahan dengan polis arr..polis tu soal macam-2...kawan saya dah nak nangis bila kena tahan tu...saya dah menggigil seram sejuk je...*takut kena saman* nasib baik polis tu baik dan lepaskan kitaorang...TERIMA KASIH LAH PAK CIK! haha...Alhamdulillah tak kena saman...memang taubat la...lepas ni pergi mana-2 comfirm kena pakai helmet..*takut beb kena tahan lagi**serik!*
sesi petang pulak macam biasa..cikgu mail (pengajar Giatmara) bagi penerangan tentang Giatmara semua...
Jumaat, 4 Januari 2013 (hari ni)
hari ni saya moody sangat-2 berbanding hari sebelum ni..hmm..saya dah tak tahu nak buat macam mana untuk selesaikan masalah saya dengan si dia (Capital A)..hati saya dah terluka...dia dah mencuri hati saya tapi dia tak jaga betul-2...dia abaikan dan tak ambil peduli...saya tak faham apa masalah dia..kalau dia tak ada kredit sekalipun nak mesej saya,,banyak lagi cara lain yang dia boleh buat untuk contact saya..cuma nak dengan tak nak je...perlu ke saya tunggu dia lagi?? hati saya dah sakit..tapi saya still sayangkan dia...:'(
|